
Kepercayaan dan keyakinan adalah amat penting dalam kita melakukan apa-apa saja, samaada dalam kita beribadat, berkeluarga, berniaga dan bersahabat. Tanpa kepercayaan dan keyakinan adalah amat sukar kita untuk kita berjaya dalam sesuatu perkara yang kita buat. Jadi untuk kita sentiasa bersemangat setiap hari kita kena bangun dengan percaya bahawa kita akan berjaya dan yakin bahawa Allah akan membantu kita. Kita cuma berusaha dan terus berusaha tanpa mengalah pada keadaan.