Tuesday, May 25, 2010
Korea yg ku lawati
Alhmadulillah pada 19hb hingga 24hb Mei saya dan isteri pergi melancong ke bandar Seoul Korea...banyak tempat yang kami lawati seperti Mt. Sorak, Everland, Muzium Korea, Blue House, Istana Maharaja Korea...pengalaman ini tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Jadi sementara kita sihat dan mampu mari kita merantau melihat keindahan negara orang yang Allah jadikan untuk umat manusia. Di Public Mutual setiap tahun kita boleh mendapat melancong ke luar negara secara PERCUMA.... just do it and believe you can do it.
Thursday, May 13, 2010
2010 Annual Award Winners
Alhamdulillah....segala puji kepada Allah s.w.t, hari ini kesemua perunding unit amanah yang berjaya mencapai target pada tahun 2009 diraikan dengan terpampang wajah-wajah mereka pada akhbar-akhabr tempatan. Saya juga dapat mencapai target untuk melayakkan ke peringkat 2 iaitu Insentif Trip ke Korea. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para investor saya yang memberi kepercayaan mereka kepada saya untuk menguruskan dana mereka. Insyallah dengan cara yang betul kita menolong orang Allah akan berikan ganjaran kepada kita. Dengan mengamalkan prinsip-prinsip DOA, USAHA, ISTIQAMAH, TAWAKAL, SOLAT, SALAM, SENYUM, SABAR DAN SYUKUR.....PASTI ANDA AKAN BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT
Saturday, May 1, 2010
Tips dari Buku Quranic Law of Arrraction
Tips ini saya ambil dari buku "Quranic Law of Attraction " semoga kita boleh jadikan amalan seharian :
* Ajak suami/isteri dan anak2 membaca Quran selepas solat subuh selama 5~10 minit sudah memadai.
* Dirikan solat Duha, selepas it bacalah satu ataupun dua ayat Quran. Kemudian berdoalah! Minta kelancaran rezeki untuk keluarga saudara
* Bacalah terjemahan Quran. Baca satu ayat, kemudian tengok maknanya. Berusahalah memahami ayat-ayat Quran sesuai dengan keadaan diri kita ataupun pengalaman yang pernah kita lalui.
* Sebelum tidur atau selepas solat Isya' bacalah Quran sebentar. Satu atau dua minit sudah memadai dan kemudian fahami maknanya.
* Aturlah waktu membaca Quran sesuai dengan keadaan dan kehidupan saudara.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Strategi Pelaburan Berjaya
Assalamualaikum wbt... Setiap minggu grup kumpulan saya ada mesyuarat mingguan untuk perunding2 sepenuh masa. Pagi ni saya nak berkongsi ...
-
TIPS Singkatan kata untuk kita berjaya dalam apa jua kerjaya yang saya kutip sepanjang perjalanan biz saya di Public Mutual : BOLT - Belie...
-
Awal bulan ini (5-7hb Okt) saya, Zainuddin, Rushda dan Mohd Iqbal telah bertandang ke Serting Jempol N.Sembilan. Perjalanan yang jauh bermul...