Iklan

iDevAffiliate

Thursday, December 26, 2013

AZAM 2014.


Saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun 2014 yang penuh mencabar ini.  Semoga kita dapat mengharunginya dengan yakin dan tabah...insyAllah dengan usaha dan doa...kejayaan akan menanti anda.

Monday, December 16, 2013

Lead With Passion



Video ini amat baik untuk kita memantapkan diri dalam dunia perniagaan,,,

Thursday, November 28, 2013

Perubahan ke arah Kebaikan

Diam tak diam kita sudah berada hampir kepenghujung tahun 2013. Masa berlalu begitu pantas sekali...dan masa yang sudah berlalu tidak dapat kita kembali semula.  Cuba kita ingat kembali semasa diawal tahun ini kita meletakkan sasaran untuk kita capai pada tahun ini...Cuba kita tanya pada diri kita sendiri adakah sasaran itu telah tecapai? Bagi yang telah mencapainya...saya ucapakan syabas kerana anda berjaya menncapainya.  Bagi yang belum, masih ada masa lagi untuk kita mengejarnya.  Yang penting jangan berputus asa...teruskan dengan semangat yang berkobar-kobar.

Tahun depan tinggal sebulan lagi...dan kita perlu menetapkan sasaran untuk tahun 2014.  Insyallah pada 20hb dan 21hb Dec nanti kita akan mengadakan "GOAL SETTING" di Felda Sungkai Perak....ayuh kita bersama2 merangka Goal Setting yang lebih mencabar pada tahun depan 2014.  Apa yang kita minta insyallah Allah akan tunaikan....

Be Brave Be Inspire Be Happy
                   2014



Tuesday, July 16, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1434H

Syukur Alhamdulillah atas nikmat yang diberikan kepada semua makhluk ciptaanNya.  Diam tak diam kita sudah pun memasuki bulan Ramadhan tahun ini.  Adakah kita akan biarkan bulan ini berlalu seperti bulan-bulan yang sebelumnya?  Janganlah begitu kerana didalam bulan ini penuh dengan kerahmaatan, pengampunan dan kelepasan dari api neraka.  Dibulan ini juga diturunkan Al-Quran dan berlakunya malam Al-Qadr iaitu malam seribu bulan.  Mungkin hayat kita dalam 63-80 tahun sahaja,  dan kalau dihitung dari hayat kita berapa banyakkah masa yang kita gunakan untuk beribadat kepada Allah...mungkin hanya 5~10% sahaja dari masa yang Allah bagi kita setiap hari...dan sekiranya kita hidup 80tahun kita mungkin beribadat cuma 8 tahun sahaja...jadi tidak mahukah kita ganjaran yang Allah tawarkan hanya dibulan Ramadhan ini... Menurut kata seorang ustaz kalau boleh dibulan ini kita kurangkan berurusan dengan manusia tetapi kita lebihkan berurusan dengan Allah.  Di bulan puasa ini juga saya kebiasaannya kurang berjumpa dengan client @ prospek jadi bolehlah kita tumpukan sedikit kepada saham akhirat pulak.

Salam Ramadhan dari Al-Wafree & Associates

Dikesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersalah kata dan tingkah laku yang tidak menyenangkan hati semua.  Semoga kita dapat menghabiskan bulan ramadhan ini dengan amalan-amalan yang mulia.  Selamat berpuasa dan selamat menyambut eidul fitri.   Maaf zahir dan batin dari saya sekeluarga.

Monday, May 20, 2013

24th National Sales Convention & Annual Awards Nite

Zainuddin bersama Norlela 
Bersama Hj Khairul Asman

Saya punya buddy Shahruddin...sama2 dari tahun 2007

Dibelakang saya Fairus dan Mr Ong Shah Alam Branch Manager

Bersama Sophie Hana dan Suami Azlimi

Kekurangan bukan satu halangan untuk berjaya

Bersama Tn. Hj Adam, champion Nationwide

Bersama Md Yusuf, bersama beliau semasa ke Bandung dan Tokyo....tahun ni akan ke Amsterdam


Alhamdulillah tahun ini saya dan rakan-rakan seperjuangan dapat menghadiri acara tahunan ini di Sunway Resort dan MINES Convention Center
Bersama Zaitun, Azliza, Zabri, Safri dan Shaharuddin di AAN
Kami dapat menimba ilmu dan mendapat aura daripada mereka yang berjaya dalam perniagaan ini.
Menghadiri NSC di Sunway Resort



Team Al-Arash Consultant

Gembira nama gambar saya dimuka depan Trip ke Amsterdam




Bersama buddy Zamri dan Zainuddin








Monday, April 22, 2013

SINGKATAN KATA

TIPS Singkatan kata untuk kita berjaya dalam apa jua kerjaya yang saya kutip sepanjang perjalanan biz saya di Public Mutual :

BOLT - Believe, Overcome Obstacles, Learning, Transform
SUCCESS -
DUIT - Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakal
FORMS -  Family, Organization, Recreations, Money/Motive, Success
PUSH -  Push Until Something Happen
FOCUS -  Forget Others Company Until Success
penyakit GHBBH - Gaji Habis Bulan Belum Habis
ASK - Attitude, Skill, Knowledge
CIBS - Company, Industri, Benefits, Support System
SSSN - Someone want, Someone dont, Sowhat, Next
SSSSMP - see people, see people, see people, see more people
ICU - Ikut Cakap Upline

Monday, March 11, 2013

Roadshow bulan Mac 2013

Saya dan Zainuddin di booth pameran

Bulan Mac ini Al-Wafree & Associates mengadakan roadshow selama satu bulan di bangunan PKPS Shah Alam.  Percaya kepada prinsip kalau kita buka kedai pasti ada pembelinya.  Hanya perlu bersabar dan bertawakal kepada Allah s.w.t pasti rezeki akan datang.  Alhamdulillah saya dan rakan-rakan berjaya mendapat pelanggan baru disini.
Mohd Iqbal sedang membantu pelanggan baru mengisi borang
Semoga Al-Wafree and Associates akan terus mengorak langkah maju kehadapan.

Friday, February 22, 2013

RISIKO UNTUK BERJAYA

Agency Al-Wafree & Associates ....simply the best
Masa bergerak begitu pantas sekali...tanpa kita sedari kita sudah pun berada di bulan Feburari 2013.  Jadi kalau kita tidak mengaja masa...pastinya masa akan meninggalkan kita dan masa yang berlalu tidak dapat kita kembalikannya. Alhamdulillah untuk target tahun lepas saya mencapai sasaran untuk mendapat challenge trip iaitu ke AMSTERDAM.  Setiap kejayaan itu pasti ada melalui halangan ataupun rintangan.  Rintangan itu adalah risiko yang kita perlu hadapi atau ambil.  Sebab dengan kita mengambil risiko kita berkemunginan gagal...tetapi kalau kita tidak mengambil risiko kita sudah pasti gagal.  Kegagalan itu akan membuat kita lebih  berpengalaman dan matang.


Bersama Perunding  Al-Arash Agency 

Strategi Pelaburan Berjaya

Assalamualaikum wbt... Setiap minggu grup kumpulan saya ada mesyuarat mingguan untuk perunding2 sepenuh masa.  Pagi ni saya nak berkongsi ...