Syukur Alhamdulillah atas nikmat yang diberikan kepada semua makhluk ciptaanNya. Diam tak diam kita sudah pun memasuki bulan Ramadhan tahun ini. Adakah kita akan biarkan bulan ini berlalu seperti bulan-bulan yang sebelumnya? Janganlah begitu kerana didalam bulan ini penuh dengan kerahmaatan, pengampunan dan kelepasan dari api neraka. Dibulan ini juga diturunkan Al-Quran dan berlakunya malam Al-Qadr iaitu malam seribu bulan. Mungkin hayat kita dalam 63-80 tahun sahaja, dan kalau dihitung dari hayat kita berapa banyakkah masa yang kita gunakan untuk beribadat kepada Allah...mungkin hanya 5~10% sahaja dari masa yang Allah bagi kita setiap hari...dan sekiranya kita hidup 80tahun kita mungkin beribadat cuma 8 tahun sahaja...jadi tidak mahukah kita ganjaran yang Allah tawarkan hanya dibulan Ramadhan ini... Menurut kata seorang ustaz kalau boleh dibulan ini kita kurangkan berurusan dengan manusia tetapi kita lebihkan berurusan dengan Allah. Di bulan puasa ini juga saya kebiasaannya kurang berjumpa dengan client @ prospek jadi bolehlah kita tumpukan sedikit kepada saham akhirat pulak.
|
Salam Ramadhan dari Al-Wafree & Associates |
Dikesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersalah kata dan tingkah laku yang tidak menyenangkan hati semua. Semoga kita dapat menghabiskan bulan ramadhan ini dengan amalan-amalan yang mulia. Selamat berpuasa dan selamat menyambut eidul fitri. Maaf zahir dan batin dari saya sekeluarga.