Iklan

iDevAffiliate

Tuesday, August 26, 2014

Perubahan dan Cabaran

Didalam kita menuju sesuatu matlamat ini sudah tentunya kita tidak lari daripada cabaran atau rintangan. Ianya merupakan asam garam dalam kehidupan yang akan menjadikan seseorang itu lebih berpengalaman dalam bidang yang diceburi.  Begitu juga la dalam biz unit amanah ini juga tidak lari dari perubahan demi perubahan untuk penambahbaikan industri unit amanah ini.

Sebagai seorang perunding yang baik, sepatutnya perubahan ini tidak menjadi penghalang untuk mereka meneruskan kerjaya mereka disini.  Mereka sentiasa berfikiran positif dan sentiasa mengambil peluang dalam setiap pergolakan atau perubahan yang ditempuhi.

Pada awal tahun ini KWSP telah merombak jadual pengeluaran untuk pelaburan melalui skim KWSP seperti dilampirkan di bawah ini.

Jadual tersebut menunjukkan bahawa pada umur tertentu sepatutnya kita sudah mempunyai simpanan yang sepatutnya.  Contohnya pada umur 55tahun semasa kita pencen sekurang-kurang kita mesti mempunyai simpanan sebanyak RM196,800.  Sekiranya kita tidak ada simpanan itu bermakna kita akan menghadapi masalah kewangan bila bersara nanti mengikut kajian pakar kewangan.  Bagi kita yang belum mempunyai perancangan persaraan, adalah dinasihatkan supaya kita memulakan untuk menyimpan walaupun sedikit sebagai permulaan untuk persaraan hari tua kita nanti.

Strategi Pelaburan Berjaya

Assalamualaikum wbt... Setiap minggu grup kumpulan saya ada mesyuarat mingguan untuk perunding2 sepenuh masa.  Pagi ni saya nak berkongsi ...