Iklan

iDevAffiliate

Wednesday, January 7, 2015

TIPS UNTUK BERJAYA

Syukran saya masih menyimpan nota yang saya catit semasa pergi ke National Sales Convention yang dianjurkan oleh Public Mutual tahun lepas.

Disini saya senaraikan perkara2 penting untuk seseorang itu berjaya dalam bidang perniagaan :

1. Ketenangan Jiwa - fokus dalam sesuatu perkara dan jangn risau, jangan tamak dan jauhi daripada membuat dosa.

2.  Sihat dan bertenaga

3.  Kasih sayang yang berpanjangan

4.  Kebebasan kewangan - apabila seseorang mati, gaya hidup keluarga tersebut tidak terjejas dan berubah langsung

5.  Tahu akan Tujuan Hidup kita yang sebenar

6.  Beri balik apa yang kita dapat yakni banyakkan beramal.

7.  Enjoy sekarang dan bersyukur

      Dr. M. maksudnya kita kena ber Motif bukan sekadar bermimpi.

      Dr. = (M.motif + B.Belief + A.action) G.God

Fokus pada benefit kepada pelanggan bukan kepada diri sendiri.

Teknik pernafasan penting - 777

"Jangan Membangau Lagi"


Saturday, January 3, 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Tahun 2014 berakhir dengan tragedi yang sedih...banjir besar di Pantai timur, kapal terbang Air Asia yang terhempas, berita kematian rakan seperjuangan di Public Mutual dan hilang kemudi di dalam kumpulan Al-Arash. Namun begitu kehidupan dunia yang singkat ini perlu diteruskan juga. Segala ujian yang kita terima adalah akan menjadikan kita lebih matang dan lebih berpengalaman dalam kehidupan ini.

7 tahun aku dalam Public Mutual adalah merupakan peringkat menimba ilmu dan  membina asas-asas yang kuat dalam perniagaan ini.  Insyallah pengalaman yang ada ini akan menjadikan aku lebih kuat lagi mengharungi tahun 2015 yang penuh mencabar.  Sesungguhnya setiap kesukaran itu akan diiringi dengan kesenangan.  

Fasa kedua 7 tahun mendatang ini akan aku harungi dengan cekal bersama ahli kumpulan Al-Wafree & Associates. Insya Allah kita akan membina rangkaian yang lebih hebat lagi.  Objektif kita adalah membantu pelabur-pelabur merancang plan persaraan mereka dan memastikan mereka mencapai objektif persaraan mereka. Kita pasti akan bersara didunia tetapi kita belum pasti bersara dengan aman di akhirat.  Bantu mereka didunia untuk mereka fokus kepada akhirat.  

Kekalkan silaturahim kita hingga ke akhir hayat. Wasalam

Strategi Pelaburan Berjaya

Assalamualaikum wbt... Setiap minggu grup kumpulan saya ada mesyuarat mingguan untuk perunding2 sepenuh masa.  Pagi ni saya nak berkongsi ...