Friday, April 9, 2010
Pakaian dan Keperibadian Membentuk Perwatakan Seseorang
Sebagai golongan profesional dalam industri perunding unit amanah tidak dapat dinafikan bahawa imej memainkan peranan penting dalam melahirkan tanggapan orang lain terhadap kita. Cara kita menampilkan diri akan banyak memperihalkan siapa kita dan secara tidak langsung melahirkan gambaran tentang diri kita kepada orang lain.
Lapan Unsur Imej yang Holistik,Kemas Rapi dan Profesional
A.Penampilan
i. Profil anatomi ( struktur badan)
Mengekalkan bentuk badan yang bersekadar
ii. Tatacara Pakaian
Berpakaian kemas mengikut majlis dan persistiwa yang berlainan
iii. Perawatan
Pastikan kebersihan kuku, gigi, kulit dan rambut serta bebas daripada bau badan
iv. Kesihatan dan Kecergasan
Amalkan diet yang seimbang setiap hari dan bersenam 3 @ 4 kali seminggu, sekurang- kurangnya 45minit
B. Keperbadian
i. Komunikasi (lisan)
Gunakan nada, pic suara dan kata-kata menarik supaya lebih berkesan
ii. Bahasa gerak geri (bukan lisan)
Beri perhatian kepada paras muka, gerak geri badan serta gaya berdiri dan duduk untuk memberi tanggapan pertama yang baik
iii. Etika
Set-set peraturan dan etika bisnes yang harus dipatuhi dalam keadaan-keadaan yang berlainan
iv. Sikap mental
Sentiasa bersikap positif dengan minda yang tabah ketika anda mengahadapi tekanan dan
keadaan krisis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Strategi Pelaburan Berjaya
Assalamualaikum wbt... Setiap minggu grup kumpulan saya ada mesyuarat mingguan untuk perunding2 sepenuh masa. Pagi ni saya nak berkongsi ...
-
TIPS Singkatan kata untuk kita berjaya dalam apa jua kerjaya yang saya kutip sepanjang perjalanan biz saya di Public Mutual : BOLT - Belie...
-
Awal bulan ini (5-7hb Okt) saya, Zainuddin, Rushda dan Mohd Iqbal telah bertandang ke Serting Jempol N.Sembilan. Perjalanan yang jauh bermul...
No comments:
Post a Comment