Iklan

iDevAffiliate

Thursday, September 26, 2019

MARKET DAN SAYA

Assalamualaikum wbt....
Pelaburan unit amanah yang dilaburkan di Bursa saham Malaysia adalah kebanyakkan merujuk kepada Index KLCI. Ini adalah graf menunjukkan nadi bursa saham dan juga petunjuk ekonomi negara samaada dalam keadaan baik atau tidak baik.

Biasanya pelabur2 akan mendapat keuntungan apabila market meningkat naik dan pelabur2 akan mengambil keuntungan dengan menjual saham-saham mereka.
Pelabur yang bijak akan membeli saham-saham dikala harga pasaran rendah. Kita boleh melabur secara jangkamasa pendek, sederhana dan panjang.

Graf KLCI index ni juga dipengaruhi oleh keadaan ekonomi dunia dan dalam negara. Sekiranya ada kejadian yg memberi kesan kepada ekonomi dunia, index akan berubah bergantung kepada berita baik atau buruk.

Di bawah saya tunjukkan  carta BSKL dari tahun 1981 sehingga 2005


Kita lihat pada tahun 1986 Malaysia mengalami Economy Recession dan pd tahun 1988 berlaku Market Crash di Wall Street USA. 

Pada tahun 1998 berlaku lagi kegawatan ekonomi dimana pada masa itu Anwar Ibrahim telah dipecat dari Kabinet Kerajaan Malaysia.


Pada tahun 2008 pula kita lihat berlaku pula masala dunia berkenaan dengan kewangaan dunia iaitu masalah Subprime Mortgage

Saya terlibat dalam bidang unit amanah pada tahun 2005 dimana pada masa itu market berada pada paras 860pt sebelum market jatuh pada tahun 2008.  Walaubagaimana pun pelabur yang menyimpan secara jangkamasa panjang biasanya mereka masih membuat keuntungan yang banyak.

Jadi kita jangan panik waktu market rendah, kerana inilah pulang untuk kita membeli atau menambah pelaburan kita.

Jangan menunggu!!! untuk melabur tetapi
melaburlah dan tunggu.



Wednesday, September 25, 2019

DUNIA BUKAN TEMPAT TINGGAL TAPI TEMPAT KITA MENINGGAL

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yg memiliki sekelian alam.

Syukur masih lagi diberi kehidupan didunia yang sementara ini,,,menunggu dipanggil oleh pencipta kita yg sebenar.  Sebelum kita lahir kedunia ini kita telah berjanji dengan Allah, DIA lah tuhan yang mencipta kita. Allah jadikan kita untuk kita taat kepada perintah2Nya.

PerintahNya supaya kita melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

Kehidupan didunia ini semuanya adalah sementara;

Suka semantara...
Duka sementara...
Sihat sementara...
Sakit sementara...
Cantik sementara
Tampan sementara
Kaya sementara..
Miskin sementara
Sibuk sementara
Lapang sementara
Hidup didunia sementara...
Namun hidup kita diakhirat kekal selamanya...
Jadi dunia ini jangan kita letakkan di hati kita...
Kita tidak boleh memiliki dunia, tetapi kita hanya menguruskan dunia dengan mengikut syariat Islam.


Sedikit tentang hakikat kehidupan setelah lama tak buat posting.
Saya masih lagi bersama Public Mutual ( Pelaburan Unit Amanah)


Strategi Pelaburan Berjaya

Assalamualaikum wbt... Setiap minggu grup kumpulan saya ada mesyuarat mingguan untuk perunding2 sepenuh masa.  Pagi ni saya nak berkongsi ...