Assalamualaikum wbt....
Pelaburan unit amanah yang dilaburkan di Bursa saham Malaysia adalah kebanyakkan merujuk kepada Index KLCI. Ini adalah graf menunjukkan nadi bursa saham dan juga petunjuk ekonomi negara samaada dalam keadaan baik atau tidak baik.
Biasanya pelabur2 akan mendapat keuntungan apabila market meningkat naik dan pelabur2 akan mengambil keuntungan dengan menjual saham-saham mereka.
Pelabur yang bijak akan membeli saham-saham dikala harga pasaran rendah. Kita boleh melabur secara jangkamasa pendek, sederhana dan panjang.
Graf KLCI index ni juga dipengaruhi oleh keadaan ekonomi dunia dan dalam negara. Sekiranya ada kejadian yg memberi kesan kepada ekonomi dunia, index akan berubah bergantung kepada berita baik atau buruk.
Di bawah saya tunjukkan carta BSKL dari tahun 1981 sehingga 2005
Kita lihat pada tahun 1986 Malaysia mengalami Economy Recession dan pd tahun 1988 berlaku Market Crash di Wall Street USA.
Pada tahun 1998 berlaku lagi kegawatan ekonomi dimana pada masa itu Anwar Ibrahim telah dipecat dari Kabinet Kerajaan Malaysia.
Pada tahun 2008 pula kita lihat berlaku pula masala dunia berkenaan dengan kewangaan dunia iaitu masalah Subprime Mortgage
Saya terlibat dalam bidang unit amanah pada tahun 2005 dimana pada masa itu market berada pada paras 860pt sebelum market jatuh pada tahun 2008. Walaubagaimana pun pelabur yang menyimpan secara jangkamasa panjang biasanya mereka masih membuat keuntungan yang banyak.
Jadi kita jangan panik waktu market rendah, kerana inilah pulang untuk kita membeli atau menambah pelaburan kita.
Jangan menunggu!!! untuk melabur tetapi
melaburlah dan tunggu.
No comments:
Post a Comment