Iklan

iDevAffiliate

Tuesday, August 10, 2010

Jutawan Pemurah - Cari Wang dan Hulur Wang




Kali ini saya ingin berkongsi tentang dua orang Jutawan di Malaysia yang menjadi idola saya iaitu Tan Sri Mokhtar Albukhary dan Tan Sri Mustapha Kamal.



Prinsip Syed Mokhtar - Prinsip berbakti semasa hidup yang disemai ibu bapanya sejak kecil terus mendorong beliau mengumpul harta dan berkongsi rezeki bersama insan lain yang memerlukan bukan saja di Malaysia, malah seluruh dunia. Semasa beliau mendapat gaji pertamanya sebanyak RM1500, ibu beliau menyuruh beliau memberi 50% daripada gaji tersebut kepada 15 keluarga jiran yang susah.

Apa yang diyakininya , jika seseorang itu rajin berusaha, dengan izin Allah mereka akan berjaya. Jawapan kepada resepi kejayaannya adalah menggunakan nikmat Allah untuk faedah orang ramai terutama dalam pencarian ilmu.


Bagi Tan Sri Musthapa Kamal pula resepi kejayaan beliau ialah mesti beriman kepada Allah, mempunyai fizikal dan mental yang sihat, fokus dengan kerja yang dilakukan, mengutamakan keluarga dan mempunyai sifat sukarela.

Strategi Pelaburan Berjaya

Assalamualaikum wbt... Setiap minggu grup kumpulan saya ada mesyuarat mingguan untuk perunding2 sepenuh masa.  Pagi ni saya nak berkongsi ...