Iklan

iDevAffiliate

Tuesday, June 29, 2010

Sunday, June 20, 2010

Pelaburan Skim EPF




Pengeluaran Unit Amanah (Unit Trust) melalui skim EPF telah dibenarkan semenjak tahun 1996 melalui Syarikat Unit Amanah yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Melalui skim ini pencarum mempunyai pilihan untuk memanjangkan nilai simpanan persaraan masing-masing berbanding pengeluaran penuh pada umur 55tahun.

Skim EPF ini membolehkan pencarum mengeluarkan sebahagian wang dalam Akaun 1 EPF mengikut peringkat umur pelabur. Akaun 1 tidak boleh dikeluarkan kecuali sudah mencapai umur 55 tahun. Hanya pengeluaran untuk pelaburan unit amanah sahaja yang dibenarkan.

Pengeluaran boleh dibuat setiap 3 bulan sekali. Dengan membuat pengeluaran setiap 3 bulan sekali pelabur dapat melabur didalam pelbagai unit amanah dan dapat mengamalkan konsep "Dollar Cost Averaging" apabila diperlukan.

Jumlah pengeluaran adalah tidak boleh melebihi 20% daripada lebihan Simpanan Asas Akaun 1 dan jumlah minimum yang boleh dikeluarkan adalah RM1000.

Dibawah adalah Table Simpanan Asas Akaun 1 yang tidak boleh dikeluarkan, hanya lebihan daripada simpanan asas ini sahaja boleh dikeluarkan sebanyak 20%.

Friday, June 4, 2010

Melabur dalam ASB adalah harus


Dalam majalah Personal Money edisi bulan Jun 2010 yang bertajuk "Triple Your Ringgit" amat menarik perhatian saya dan membelinya. Semenjak 2005 saya membeli majalah ini untuk menambah pengetahuan saya dalam bidang pengurusan kewangan. Jadikan majalah ini salah satu bahan bacaan anda. Dalam ruangan islamic financial planning by Mahadzir Ahmad , memaparkan satu isu tentang pelaburan ASB, apa yang mengejutkan saya dalam senarai kompeni yang PNB melabur untuk ASB terdapat 4 kompeni yang tidak mematuhi syariah compliant, iaitu Malayan Banking, F&N Holdings , PNB Structured Fund dan British American Tobacco. Didapati sebanyak 28.15% pelaburan adalah Malayan Banking. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia juga telah mengeluarkan fatwa bahawa melabur dalam ASB hukumnya HARUS......tepuk dada tanyalah IMAN....

Strategi Pelaburan Berjaya

Assalamualaikum wbt... Setiap minggu grup kumpulan saya ada mesyuarat mingguan untuk perunding2 sepenuh masa.  Pagi ni saya nak berkongsi ...