Iklan

iDevAffiliate

Friday, November 19, 2010

Kisah Unta yang Hebat


Saya nak cerita tentang unta yang hebat. Unta dijadikan oleh Allah mempunyai banyak kelebihan yang tersendiri. Unta telah menjadi tungangan Nabi s.a.w dan baginda pernah menjadik unta untuk membuat keputusan di rumah mana nabi s.a.w nak menghuni semasa tiba di Madinah. Tapi kali ni saya nak bercerita tentang kehebatan unta, kisah ini dirakamkan ketika anak unta bertanya kepada ibu unta.

Anak unta : Mama..mama...kenapa Allah jadikan bulu mata kita lentik mama?

Ibu Unta : Nak....Allah jadikan bulu mata kita lentik sebab bulu mata yg lentik ni dapat mengelak dari mata kita dimasuki pasir.

Anak Unta : oooo...kemudian kenapa unta mempunyai bonggol dibelakang kita mama?

Ibu Unta : Sebenarnya bonggol dibelakang kita adalah untuk menyimpan air...jadi kita boleh hidup lama walaupun tidak minum air beberapa hari...

Anak Unta : Saya nak bertanya lagi mama...kenapa pulak tapak kaki kita lain mama?

Ibu Unta : Tapak kaki kita Allah jadikan hanya untuk unta sahaja ...ini dapat memudahkan kita berjalan diatas padang pasir.

Anak Unta :oooo....terima kasih mama, maknanya kita ni binatang yang hebat kan mama....mmmmm tapi kenapa kita tinggal di dalam ZOO mama....

Ibu Unta pun terpinga-pinga sebab segala kehebatan yang ada pada diri mereka tidak dapat digunakan .......


Begitu juga dengan kita....sebenarnya Allah menjadikan umat manusia dengan ciptaan yang sangat hebat...tapi kebanyakkan daripada kita tidak dapat menggunakan kehebatan yang Allah jadikan untuk setiap manusia sebab kita ibarat terkurung didalam zoo tidak dapat menggunakan kehebatan yang dikurniakan kepada kita.....

Strategi Pelaburan Berjaya

Assalamualaikum wbt... Setiap minggu grup kumpulan saya ada mesyuarat mingguan untuk perunding2 sepenuh masa.  Pagi ni saya nak berkongsi ...