Iklan

iDevAffiliate

Monday, December 27, 2010

Syabas atas pencapaian 2010

Tahun 2010 akan menutup tirainya beberapa hari lagi dan diganti pula dengan tirai yang baru tahun 2011. Sebagai penutup untuk tahun ini saya senaraikan 10 kedudukan teratas pencapaian tahunan ahli agensi dibawah saya.

1. Intan Shahirah
2. Abu Nazril
3. Ruslan Saleh
4. Ahmad Nazrene
5. Nor Azliza
6. Norizah
7. Rushda
8. Mustafa J
9. Yusuf Qardahwy
10. Zainusham

Tahniah diatas pencapaian semua untuk tahun 2010. Insyallah tahun 2011 agensi kita meletakkan sasaran sebanyak 10 juta ringgit. Mari kita bersama-sama berusaha dengan lebih gigih lagi dengan penuh kesabaran, ketekunan dan tawakal kepada ALLAH.

Saturday, December 11, 2010

Menjelang 2011


Tahun baru hijrah 1432H baru saja berlalu...kini tinggal beberapa hari lagi akan tiba pula tahun baru masihi 2011. Adakah azam kita tahun ini telah dicapai semuanya atau 50% sahaja ataupun 10% sahaja. Bagi yang telah mencapai azam mereka saya ucapkan tahniah! Bagi yang belum mecapai jangan berputus asa kerana insyallah tahun hadapan kita diberi peluang untuk mencuba sekali lagi. Yang penting kita jangan berputus asa dalam mengejar impian...dalam kehidupan ini kita perlu banyak bersabar, sebab didalam Al-Quran pun Allah banyak menyebut tentang sabar. Seolah kita ingin menanam pokok durian, kita kena bersabar selama 5 tahun barulah pokok durian itu berbuah...dan mungkin kita tak merasa pun buah durian itu sebab kita mungkin sudah tiada didunia ini, tetapi hasilnya dapat dinikmati oleh orang lain kita mungkin mendapat pahala daripadanya...

Strategi Pelaburan Berjaya

Assalamualaikum wbt... Setiap minggu grup kumpulan saya ada mesyuarat mingguan untuk perunding2 sepenuh masa.  Pagi ni saya nak berkongsi ...