Begitu juga bila kita berkerja kita sepatutnya FOCUS dengan kerja kita, barulah hasilnya amat baik sekali. Janganlah kita membuat banyak kerja dalam satu masa. Anda pasti tidak dapat membawa kereta dengan laju apabila pada masa yang sama anda sedang menelefon atau membalas sms. FOCUS juga bermaksud FORGET OTHER COMMITMENT/COMPANY UNTIL SUCCESS.
Sunday, June 12, 2011
FOCUS
Focus adalah amat penting didalam apa jua yang kita sedang lakukan. Kalau dalam solat kita kena khyusuk maksudnya menumpukan sepenuh hati dan minda kita tehadap solat. Sia-sialah solat kita jika kita tidak khyusuk...Kebanyakkan dari kita semasa didalam solat fikiran kita melayang dan memikirkan benda-benda lain. Kekadang kita boleh mencari kunci yang hilang didalam solat.
Begitu juga bila kita berkerja kita sepatutnya FOCUS dengan kerja kita, barulah hasilnya amat baik sekali. Janganlah kita membuat banyak kerja dalam satu masa. Anda pasti tidak dapat membawa kereta dengan laju apabila pada masa yang sama anda sedang menelefon atau membalas sms. FOCUS juga bermaksud FORGET OTHER COMMITMENT/COMPANY UNTIL SUCCESS.
Begitu juga bila kita berkerja kita sepatutnya FOCUS dengan kerja kita, barulah hasilnya amat baik sekali. Janganlah kita membuat banyak kerja dalam satu masa. Anda pasti tidak dapat membawa kereta dengan laju apabila pada masa yang sama anda sedang menelefon atau membalas sms. FOCUS juga bermaksud FORGET OTHER COMMITMENT/COMPANY UNTIL SUCCESS.
Tuesday, March 8, 2011
Kekayaan perlu Mengalir

Kekayaan seperti air...kekayaan perlu mengalir. Air yang bertakung adalah tidak baik, akan mengundang jentik-jentik....jadi kita kena alirkan kekayaan kita ketempat yang baik. Lebih banyak kita memberi lebih banyak lagi kita akan menerima. Wang yang kita dapat semuanya bukan hak kita. Sebahagiannya adalah hak orang lain yang perlu kita berikan. Saya pernah mendengar seorang jutawan dari Johor, dimana sebelum beliau berjaya sekarang beliau tidak pernah terlupa untuk memberi sebahagian duit gaji yang beliau dapat semasa berkerja sebagai kerani ke rumah anak yatim... Dan sehingga kini beliau masih lagi memberi sumbangan kepada rumah anak yatim. Jadi kita kena yakin akan janji Allah...dengan banyak bersedekah. Satu lagi tips yang saya dapat dari seorang usahawan wanita di Perak....beliau berkata masa kita senang mungkin kita tiada masalah memberi sedekah tetapi cuba kita bersedekah dimasa kita dalam kesusahan....Allah tidak melihat berapa banyak kita keluar tetapi Allah melihat keikhlasan kita...
Monday, December 27, 2010
Syabas atas pencapaian 2010
Tahun 2010 akan menutup tirainya beberapa hari lagi dan diganti pula dengan tirai yang baru tahun 2011. Sebagai penutup untuk tahun ini saya senaraikan 10 kedudukan teratas pencapaian tahunan ahli agensi dibawah saya.
1. Intan Shahirah
2. Abu Nazril
3. Ruslan Saleh
4. Ahmad Nazrene
5. Nor Azliza
6. Norizah
7. Rushda
8. Mustafa J
9. Yusuf Qardahwy
10. Zainusham
Tahniah diatas pencapaian semua untuk tahun 2010. Insyallah tahun 2011 agensi kita meletakkan sasaran sebanyak 10 juta ringgit. Mari kita bersama-sama berusaha dengan lebih gigih lagi dengan penuh kesabaran, ketekunan dan tawakal kepada ALLAH.
1. Intan Shahirah
2. Abu Nazril
3. Ruslan Saleh
4. Ahmad Nazrene
5. Nor Azliza
6. Norizah
7. Rushda
8. Mustafa J
9. Yusuf Qardahwy
10. Zainusham
Tahniah diatas pencapaian semua untuk tahun 2010. Insyallah tahun 2011 agensi kita meletakkan sasaran sebanyak 10 juta ringgit. Mari kita bersama-sama berusaha dengan lebih gigih lagi dengan penuh kesabaran, ketekunan dan tawakal kepada ALLAH.
Saturday, December 11, 2010
Menjelang 2011

Tahun baru hijrah 1432H baru saja berlalu...kini tinggal beberapa hari lagi akan tiba pula tahun baru masihi 2011. Adakah azam kita tahun ini telah dicapai semuanya atau 50% sahaja ataupun 10% sahaja. Bagi yang telah mencapai azam mereka saya ucapkan tahniah! Bagi yang belum mecapai jangan berputus asa kerana insyallah tahun hadapan kita diberi peluang untuk mencuba sekali lagi. Yang penting kita jangan berputus asa dalam mengejar impian...dalam kehidupan ini kita perlu banyak bersabar, sebab didalam Al-Quran pun Allah banyak menyebut tentang sabar. Seolah kita ingin menanam pokok durian, kita kena bersabar selama 5 tahun barulah pokok durian itu berbuah...dan mungkin kita tak merasa pun buah durian itu sebab kita mungkin sudah tiada didunia ini, tetapi hasilnya dapat dinikmati oleh orang lain kita mungkin mendapat pahala daripadanya...
Friday, November 19, 2010
Kisah Unta yang Hebat
Saya nak cerita tentang unta yang hebat. Unta dijadikan oleh Allah mempunyai banyak kelebihan yang tersendiri. Unta telah menjadi tungangan Nabi s.a.w dan baginda pernah menjadik unta untuk membuat keputusan di rumah mana nabi s.a.w nak menghuni semasa tiba di Madinah. Tapi kali ni saya nak bercerita tentang kehebatan unta, kisah ini dirakamkan ketika anak unta bertanya kepada ibu unta.
Anak unta : Mama..mama...kenapa Allah jadikan bulu mata kita lentik mama?
Ibu Unta : Nak....Allah jadikan bulu mata kita lentik sebab bulu mata yg lentik ni dapat mengelak dari mata kita dimasuki pasir.
Anak Unta : oooo...kemudian kenapa unta mempunyai bonggol dibelakang kita mama?
Ibu Unta : Sebenarnya bonggol dibelakang kita adalah untuk menyimpan air...jadi kita boleh hidup lama walaupun tidak minum air beberapa hari...
Anak Unta : Saya nak bertanya lagi mama...kenapa pulak tapak kaki kita lain mama?
Ibu Unta : Tapak kaki kita Allah jadikan hanya untuk unta sahaja ...ini dapat memudahkan kita berjalan diatas padang pasir.
Anak Unta :oooo....terima kasih mama, maknanya kita ni binatang yang hebat kan mama....mmmmm tapi kenapa kita tinggal di dalam ZOO mama....
Ibu Unta pun terpinga-pinga sebab segala kehebatan yang ada pada diri mereka tidak dapat digunakan .......
Begitu juga dengan kita....sebenarnya Allah menjadikan umat manusia dengan ciptaan yang sangat hebat...tapi kebanyakkan daripada kita tidak dapat menggunakan kehebatan yang Allah jadikan untuk setiap manusia sebab kita ibarat terkurung didalam zoo tidak dapat menggunakan kehebatan yang dikurniakan kepada kita.....
Tuesday, August 10, 2010
Jutawan Pemurah - Cari Wang dan Hulur Wang

Kali ini saya ingin berkongsi tentang dua orang Jutawan di Malaysia yang menjadi idola saya iaitu Tan Sri Mokhtar Albukhary dan Tan Sri Mustapha Kamal.


Prinsip Syed Mokhtar - Prinsip berbakti semasa hidup yang disemai ibu bapanya sejak kecil terus mendorong beliau mengumpul harta dan berkongsi rezeki bersama insan lain yang memerlukan bukan saja di Malaysia, malah seluruh dunia. Semasa beliau mendapat gaji pertamanya sebanyak RM1500, ibu beliau menyuruh beliau memberi 50% daripada gaji tersebut kepada 15 keluarga jiran yang susah.
Apa yang diyakininya , jika seseorang itu rajin berusaha, dengan izin Allah mereka akan berjaya. Jawapan kepada resepi kejayaannya adalah menggunakan nikmat Allah untuk faedah orang ramai terutama dalam pencarian ilmu.
Bagi Tan Sri Musthapa Kamal pula resepi kejayaan beliau ialah mesti beriman kepada Allah, mempunyai fizikal dan mental yang sihat, fokus dengan kerja yang dilakukan, mengutamakan keluarga dan mempunyai sifat sukarela.
Subscribe to:
Comments (Atom)
Strategi Pelaburan Berjaya
Assalamualaikum wbt... Setiap minggu grup kumpulan saya ada mesyuarat mingguan untuk perunding2 sepenuh masa. Pagi ni saya nak berkongsi ...
-
Assalamualaikum wbt.... Pelaburan unit amanah yang dilaburkan di Bursa saham Malaysia adalah kebanyakkan merujuk kepada Index KLCI. Ini ada...
-
Assalamualaikum wbt... Setiap minggu grup kumpulan saya ada mesyuarat mingguan untuk perunding2 sepenuh masa. Pagi ni saya nak berkongsi ...
