Iklan

iDevAffiliate

Sunday, June 12, 2011

FOCUS

Focus adalah amat penting didalam apa jua yang kita sedang lakukan. Kalau dalam solat kita kena khyusuk maksudnya menumpukan sepenuh hati dan minda kita tehadap solat. Sia-sialah solat kita jika kita tidak khyusuk...Kebanyakkan dari kita semasa didalam solat fikiran kita melayang dan memikirkan benda-benda lain. Kekadang kita boleh mencari kunci yang hilang didalam solat.
Begitu juga bila kita berkerja kita sepatutnya FOCUS dengan kerja kita, barulah hasilnya amat baik sekali. Janganlah kita membuat banyak kerja dalam satu masa. Anda pasti tidak dapat membawa kereta dengan laju apabila pada masa yang sama anda sedang menelefon atau membalas sms. FOCUS juga bermaksud FORGET OTHER COMMITMENT/COMPANY UNTIL SUCCESS.

Tuesday, March 8, 2011

Kekayaan perlu Mengalir





Kekayaan seperti air
...kekayaan perlu mengalir. Air yang bertakung adalah tidak baik, akan mengundang jentik-jentik....jadi kita kena alirkan kekayaan kita ketempat yang baik. Lebih banyak kita memberi lebih banyak lagi kita akan menerima. Wang yang kita dapat semuanya bukan hak kita. Sebahagiannya adalah hak orang lain yang perlu kita berikan. Saya pernah mendengar seorang jutawan dari Johor, dimana sebelum beliau berjaya sekarang beliau tidak pernah terlupa untuk memberi sebahagian duit gaji yang beliau dapat semasa berkerja sebagai kerani ke rumah anak yatim... Dan sehingga kini beliau masih lagi memberi sumbangan kepada rumah anak yatim. Jadi kita kena yakin akan janji Allah...dengan banyak bersedekah. Satu lagi tips yang saya dapat dari seorang usahawan wanita di Perak....beliau berkata masa kita senang mungkin kita tiada masalah memberi sedekah tetapi cuba kita bersedekah dimasa kita dalam kesusahan....Allah tidak melihat berapa banyak kita keluar tetapi Allah melihat keikhlasan kita...

Strategi Pelaburan Berjaya

Assalamualaikum wbt... Setiap minggu grup kumpulan saya ada mesyuarat mingguan untuk perunding2 sepenuh masa.  Pagi ni saya nak berkongsi ...