Iklan

iDevAffiliate

Wednesday, March 24, 2010

Kepimpinan Sang Helang


Burung Helang mempunyai kehebatan yang luar biasa. Burung helang biasanya terbang pada ketinggian yang tertentu dan selepas itu ia akan melayang-layang sambil mengimbangi arus angin. Jadi kita kena tiru prinsip ini iaitu untuk berjaya kita kena berusaha keras hingga ke satu tahap dimana pada ketika itu kita hanya perlu berusaha dengan sedikit usaha sahaja tetapi mengekalkan kedudukan kita.

Burung helang juga berani menghadapi badai dan taufan serta meredah awan. Sifatnya tidak takut menyerah kalah ketika berhadapan dengan rintangan dan tidak mudah putus asa.

Burung helang mempunyai sikp yang keras terhadap anaknya. Apabila anak-anaknya sudah tiba waktunya untuk belajar terbang tapi tidak mahu melakukannya maka sang helang akan mengoncangkan sarangnya. Ia akan membiarkan anak-anaknya jatuh sambil mengembangkan sayapnya untuk berlatih terbang dan terus hidup. Tetapi sang helang tidak akan membiarkan anak-anaknya sendirian... apabila anak-anaknya tidak kuat untuk terbang ia akan menumpangkan anaknya diatas sayapnya...proses ini diajar berulang-ulang kali sehinggalah anak helang berjaya terbang sendiri.

No comments:

Post a Comment

Strategi Pelaburan Berjaya

Assalamualaikum wbt... Setiap minggu grup kumpulan saya ada mesyuarat mingguan untuk perunding2 sepenuh masa.  Pagi ni saya nak berkongsi ...