Iklan

iDevAffiliate

Saturday, January 3, 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Tahun 2014 berakhir dengan tragedi yang sedih...banjir besar di Pantai timur, kapal terbang Air Asia yang terhempas, berita kematian rakan seperjuangan di Public Mutual dan hilang kemudi di dalam kumpulan Al-Arash. Namun begitu kehidupan dunia yang singkat ini perlu diteruskan juga. Segala ujian yang kita terima adalah akan menjadikan kita lebih matang dan lebih berpengalaman dalam kehidupan ini.

7 tahun aku dalam Public Mutual adalah merupakan peringkat menimba ilmu dan  membina asas-asas yang kuat dalam perniagaan ini.  Insyallah pengalaman yang ada ini akan menjadikan aku lebih kuat lagi mengharungi tahun 2015 yang penuh mencabar.  Sesungguhnya setiap kesukaran itu akan diiringi dengan kesenangan.  

Fasa kedua 7 tahun mendatang ini akan aku harungi dengan cekal bersama ahli kumpulan Al-Wafree & Associates. Insya Allah kita akan membina rangkaian yang lebih hebat lagi.  Objektif kita adalah membantu pelabur-pelabur merancang plan persaraan mereka dan memastikan mereka mencapai objektif persaraan mereka. Kita pasti akan bersara didunia tetapi kita belum pasti bersara dengan aman di akhirat.  Bantu mereka didunia untuk mereka fokus kepada akhirat.  

Kekalkan silaturahim kita hingga ke akhir hayat. Wasalam

No comments:

Post a Comment

Strategi Pelaburan Berjaya

Assalamualaikum wbt... Setiap minggu grup kumpulan saya ada mesyuarat mingguan untuk perunding2 sepenuh masa.  Pagi ni saya nak berkongsi ...