Iklan

iDevAffiliate

Monday, April 26, 2010

Sahabat

Dalam ramai kawan-kawan kita tidak semua adalah sahabat kita...sebab sahabat adalah yang sanggup berkorban untuk sahabatnya. Memang sahabat yang baik memang sukar dicari dalam hidup kita. Lihatlah bagaimana sahabat-sahabat Rasullah s.a.w yang sanggup berkorban seluruh jiwa dan raga mereka demi Rasullah s.a.w. Dalam masa Rasullah sa.w menyampaikan dakwah ramai yang tidak percaya namun sahabat-sahabat baginda la orang yang mempertahankan baginda.

" Satu-satu jalan untuk mendapatkan seorang sahabat adalah menjadi seorang sahabat"

" Sahabat umpama sepasang kasut....kedua-duanya seperti kembar saling memerlukan satu sama lain"

Untuk membina persahabatan yang sejati kita perlu mengambil berat dan rela berkorban.


Hayati senikata lagu ini Teman Sejati dari kumpulan Brother

Wednesday, April 21, 2010

MY RETIREMENT PLAN

Kita perlu merancang masa persaraan kita, kerana perancang yang awal dan terancang akan memastikan masa persaraan anda benar-benar dimanfaatkan untuk lebih kepada akhirat pula.
Sebab apabila kita sudah separuh umur maka kita sepatutnya cenderung kepada membuat amalan yang baik dan memperbanyakkan ibadah jika tidak kita adalah dari golongan yang rugi. Jadi berapakah capital yang anda perlu ada apabila anda mencecah umur 55 tahun....sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Monday, April 19, 2010

Opportunities in Crisis











Medium and Long term investment will get the opportunities because we not time the market

Friday, April 9, 2010

Pakaian dan Keperibadian Membentuk Perwatakan Seseorang


Sebagai golongan profesional dalam industri perunding unit amanah tidak dapat dinafikan bahawa imej memainkan peranan penting dalam melahirkan tanggapan orang lain terhadap kita. Cara kita menampilkan diri akan banyak memperihalkan siapa kita dan secara tidak langsung melahirkan gambaran tentang diri kita kepada orang lain.

Lapan Unsur Imej yang Holistik,Kemas Rapi dan Profesional

A.Penampilan
i. Profil anatomi ( struktur badan)
Mengekalkan bentuk badan yang bersekadar

ii. Tatacara Pakaian
Berpakaian kemas mengikut majlis dan persistiwa yang berlainan

iii. Perawatan
Pastikan kebersihan kuku, gigi, kulit dan rambut serta bebas daripada bau badan

iv. Kesihatan dan Kecergasan
Amalkan diet yang seimbang setiap hari dan bersenam 3 @ 4 kali seminggu, sekurang- kurangnya 45minit

B. Keperbadian

i. Komunikasi (lisan)
Gunakan nada, pic suara dan kata-kata menarik supaya lebih berkesan

ii. Bahasa gerak geri (bukan lisan)
Beri perhatian kepada paras muka, gerak geri badan serta gaya berdiri dan duduk untuk memberi tanggapan pertama yang baik

iii. Etika
Set-set peraturan dan etika bisnes yang harus dipatuhi dalam keadaan-keadaan yang berlainan

iv. Sikap mental
Sentiasa bersikap positif dengan minda yang tabah ketika anda mengahadapi tekanan dan
keadaan krisis

Wednesday, March 24, 2010

Kepimpinan Sang Helang


Burung Helang mempunyai kehebatan yang luar biasa. Burung helang biasanya terbang pada ketinggian yang tertentu dan selepas itu ia akan melayang-layang sambil mengimbangi arus angin. Jadi kita kena tiru prinsip ini iaitu untuk berjaya kita kena berusaha keras hingga ke satu tahap dimana pada ketika itu kita hanya perlu berusaha dengan sedikit usaha sahaja tetapi mengekalkan kedudukan kita.

Burung helang juga berani menghadapi badai dan taufan serta meredah awan. Sifatnya tidak takut menyerah kalah ketika berhadapan dengan rintangan dan tidak mudah putus asa.

Burung helang mempunyai sikp yang keras terhadap anaknya. Apabila anak-anaknya sudah tiba waktunya untuk belajar terbang tapi tidak mahu melakukannya maka sang helang akan mengoncangkan sarangnya. Ia akan membiarkan anak-anaknya jatuh sambil mengembangkan sayapnya untuk berlatih terbang dan terus hidup. Tetapi sang helang tidak akan membiarkan anak-anaknya sendirian... apabila anak-anaknya tidak kuat untuk terbang ia akan menumpangkan anaknya diatas sayapnya...proses ini diajar berulang-ulang kali sehinggalah anak helang berjaya terbang sendiri.

Monday, March 1, 2010

Kisah Yakin dan percaya


Sekiranya anak kita bertanya pada kita ....ayah tuhan tu ada ke ? Bagaimana kah anda memberi jawapan pada anak anda....sebab kita sendiri pun tak pernah nampak Allah...mungkin soalan ini ditanya oleh kawan2 anak kita yang sengaja ingin meragukan fikiran anak kita. Pada minggu lepas saya menghadiri ceramah Maulidul Rasul di Surau Taman Perumahan saya...ustaz yang memberi ceramah tu muda lagi, sudah menjadi Imam Mesjid Jughra...beliau menceritakan pengalaman beliau semasa berumur 12 tahun , ditanya oleh Guru Bahasa Inggeris beliau...dengan memberikan contoh semasa memegang Pen guru tersebut bertanya pada anak muridnya...kamu percaya pen ini ada...YEEE jawab murid2 tadi...ok sekarangg pen ni tak nampak ada kah kamu percaya pen ini ada....murid2 tadi terdiam memikirkan jawapan soalan....maka guru tadi pun berkata mana tuhan kamu ...sebab kamu tak nampak apa yang kamu sembah....Namun ada seorang murid bangun dan naik atas kerusi...kemudian bertanya pada kawan2 nya...adakah kamu nampak otak SIR ?....jawab murid2 tadi TAKK.....jadi SIR tak ada OTAK.....murid2 tadi pun ketawa sesama mereka....maka SIR tadi pun malu dengan murid tadi dan keluar......Jadi kesimpulannya tidak semua benda yang kita tak nampak dgn mata kita kita ianya tak wujud....contoh seperti arus letrik....kita tak nampak tapi ia mmg ada....

Friday, February 19, 2010

Percaya dan Yakin


Kepercayaan dan keyakinan adalah amat penting dalam kita melakukan apa-apa saja, samaada dalam kita beribadat, berkeluarga, berniaga dan bersahabat. Tanpa kepercayaan dan keyakinan adalah amat sukar kita untuk kita berjaya dalam sesuatu perkara yang kita buat. Jadi untuk kita sentiasa bersemangat setiap hari kita kena bangun dengan percaya bahawa kita akan berjaya dan yakin bahawa Allah akan membantu kita. Kita cuma berusaha dan terus berusaha tanpa mengalah pada keadaan.

Strategi Pelaburan Berjaya

Assalamualaikum wbt... Setiap minggu grup kumpulan saya ada mesyuarat mingguan untuk perunding2 sepenuh masa.  Pagi ni saya nak berkongsi ...