Iklan

iDevAffiliate

Wednesday, March 23, 2016

Rahsia Unit Trust Consultant Yang Berjaya

Baru-baru ini kami berpeluang mendengar perkongsian pengalaman dari seorang perunding unit amanah yang berjaya. Beliau baru berumur 29 tahun tetapi sudah pun menjadi jutawan. Beliau menceburi business ini pada umur 24 tahun. dalam masa 5 tahun telah berjaya membina empayar perniagaannya.

Beliau berkongsi rahsia kejayaan beliau...fokus kepada prospecting 20% setiap hari daripada masa kita.
Bersama GAM Zamir, perkongsian yang menarik rahsia menjadi unit trust consultant yang berjaya



Monday, March 7, 2016

MBA5

Pada bulan September tahun 2015 saya meengikuti kursus Master Builder Agency (MBA) yang dianjurkan oleh Public Mutual. Alhamdulillah selama 5 bulan berkursus akhirnya pada bulan February lepas tamatlah kursus ini. Banyak yang saya perolehi daripada kursus ini dalam membina agensi yang berjaya. 7 principles yang amat penting dalam bisnes ini ialah :


  1.  Everything happen for a reasons
  2.  There is no failure only learning
  3.  Takes responsibility no matter what
  4.  You don't need to understanding everything perfectly
  5.  Your biggest resources are your people
  6.  Work is play
  7.  There is no success without commitment



Video diatas merupakan gambar-gambar aktivit saya sepanjang program tersebut. Untuk berjaya kita kena sentiasa mengamalkan prinsip diatas.


Wednesday, January 7, 2015

TIPS UNTUK BERJAYA

Syukran saya masih menyimpan nota yang saya catit semasa pergi ke National Sales Convention yang dianjurkan oleh Public Mutual tahun lepas.

Disini saya senaraikan perkara2 penting untuk seseorang itu berjaya dalam bidang perniagaan :

1. Ketenangan Jiwa - fokus dalam sesuatu perkara dan jangn risau, jangan tamak dan jauhi daripada membuat dosa.

2.  Sihat dan bertenaga

3.  Kasih sayang yang berpanjangan

4.  Kebebasan kewangan - apabila seseorang mati, gaya hidup keluarga tersebut tidak terjejas dan berubah langsung

5.  Tahu akan Tujuan Hidup kita yang sebenar

6.  Beri balik apa yang kita dapat yakni banyakkan beramal.

7.  Enjoy sekarang dan bersyukur

      Dr. M. maksudnya kita kena ber Motif bukan sekadar bermimpi.

      Dr. = (M.motif + B.Belief + A.action) G.God

Fokus pada benefit kepada pelanggan bukan kepada diri sendiri.

Teknik pernafasan penting - 777

"Jangan Membangau Lagi"


Saturday, January 3, 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Tahun 2014 berakhir dengan tragedi yang sedih...banjir besar di Pantai timur, kapal terbang Air Asia yang terhempas, berita kematian rakan seperjuangan di Public Mutual dan hilang kemudi di dalam kumpulan Al-Arash. Namun begitu kehidupan dunia yang singkat ini perlu diteruskan juga. Segala ujian yang kita terima adalah akan menjadikan kita lebih matang dan lebih berpengalaman dalam kehidupan ini.

7 tahun aku dalam Public Mutual adalah merupakan peringkat menimba ilmu dan  membina asas-asas yang kuat dalam perniagaan ini.  Insyallah pengalaman yang ada ini akan menjadikan aku lebih kuat lagi mengharungi tahun 2015 yang penuh mencabar.  Sesungguhnya setiap kesukaran itu akan diiringi dengan kesenangan.  

Fasa kedua 7 tahun mendatang ini akan aku harungi dengan cekal bersama ahli kumpulan Al-Wafree & Associates. Insya Allah kita akan membina rangkaian yang lebih hebat lagi.  Objektif kita adalah membantu pelabur-pelabur merancang plan persaraan mereka dan memastikan mereka mencapai objektif persaraan mereka. Kita pasti akan bersara didunia tetapi kita belum pasti bersara dengan aman di akhirat.  Bantu mereka didunia untuk mereka fokus kepada akhirat.  

Kekalkan silaturahim kita hingga ke akhir hayat. Wasalam

Sunday, September 14, 2014

Tuesday, August 26, 2014

Perubahan dan Cabaran

Didalam kita menuju sesuatu matlamat ini sudah tentunya kita tidak lari daripada cabaran atau rintangan. Ianya merupakan asam garam dalam kehidupan yang akan menjadikan seseorang itu lebih berpengalaman dalam bidang yang diceburi.  Begitu juga la dalam biz unit amanah ini juga tidak lari dari perubahan demi perubahan untuk penambahbaikan industri unit amanah ini.

Sebagai seorang perunding yang baik, sepatutnya perubahan ini tidak menjadi penghalang untuk mereka meneruskan kerjaya mereka disini.  Mereka sentiasa berfikiran positif dan sentiasa mengambil peluang dalam setiap pergolakan atau perubahan yang ditempuhi.

Pada awal tahun ini KWSP telah merombak jadual pengeluaran untuk pelaburan melalui skim KWSP seperti dilampirkan di bawah ini.

Jadual tersebut menunjukkan bahawa pada umur tertentu sepatutnya kita sudah mempunyai simpanan yang sepatutnya.  Contohnya pada umur 55tahun semasa kita pencen sekurang-kurang kita mesti mempunyai simpanan sebanyak RM196,800.  Sekiranya kita tidak ada simpanan itu bermakna kita akan menghadapi masalah kewangan bila bersara nanti mengikut kajian pakar kewangan.  Bagi kita yang belum mempunyai perancangan persaraan, adalah dinasihatkan supaya kita memulakan untuk menyimpan walaupun sedikit sebagai permulaan untuk persaraan hari tua kita nanti.

Wednesday, May 14, 2014

Perkongsian Pengalaman Saya di Public Mutual


Pada 7hb Mei yang lepas sekali lagi saya telah diminta oleh Pengurus Cawangan Shah Alam untuk berkongsi pengalaman dan tips kejayaan.  Alhamdulillah saya cuba sebaik mungkin untuk menyampaikannya agar menarik minat bakal-bakal perunding menceburi bidang yang sangat menarik ini.
Insyallah saya doakan mereka semua berjaya di dunia dan akhirat.

Saya sertakan sebahagian dari rakaman perkongsian pengalaman saya tempoh hari.

Sunday, March 16, 2014

Presentation by Champion Group

Lama tak buat presentation....so cari2 dalam youtube ni terjumpa presentation ni yang sangat motivated....layan


Thursday, December 26, 2013

AZAM 2014.


Saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun 2014 yang penuh mencabar ini.  Semoga kita dapat mengharunginya dengan yakin dan tabah...insyAllah dengan usaha dan doa...kejayaan akan menanti anda.

Monday, December 16, 2013

Lead With Passion



Video ini amat baik untuk kita memantapkan diri dalam dunia perniagaan,,,

Strategi Pelaburan Berjaya

Assalamualaikum wbt... Setiap minggu grup kumpulan saya ada mesyuarat mingguan untuk perunding2 sepenuh masa.  Pagi ni saya nak berkongsi ...